INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) TANJUNG MALIM, ENCIK ABDUL GHAFFAR BABA DIRAIKAN DI MAJLIS MAKAN MALAM JEJAK KEMBALI KE IBU KANDUNG, 27.2.1987


ProductCode: IMG20165598
Price:
DocumentDescription: Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghaffar Baba malam tadi 27hb Februari, 1987 telah diraikan di majlis makan malam Jejak Kembali Ke Ibu Kandung di Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) Tanjung Malim. Majlis anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) ini adalah khusus untuk meraikan beliau yang telah banyak berjasa memperjuangkan semangat nasionalisme semasa beliau di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Menteri Pelajaran dan Menteri Wilayah Persekutuan. Gambar menunjukkan Encik Abdul Ghaffar Baba sedang berucap di majlis tersebut.