Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Lagu Kebangsaan Selangor Yang Baru Dirasmikan

Pada hari ini dalam tahun 1967, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah telah mengisytiharkan lagu kebangsaan baru bagi negeri Selangor dan dimainkan secara rasmi sempena Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda ke-41 di Istana Alam Shah, Selangor. Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang awal ialah lagu “Cantik Manis” yang berentak asli dan tidak diketahui pengubahnya serta sejak bila ia dijadikan lagu negeri Selangor.  Sehubungan itu, dalam tahun 1908 Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ketika itu telah menitahkan Encik Daniel Otega, seorang pemuzik dari Filipina supaya meggubah lagu yang baru untuk negeri Selangor.  Baginda kemudiannya bersama-sama dengan Raja Muda dan Raja Haji Bot telah memilih sebuah  lagu yang berentak ‘slow march’ hasil gubahan Encik Otega itu dan dijadikan lagu kebangsaan negeri Selangor. Ketika Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah memerintah Selangor, baginda berpendapat lagu tersebut perlu diperbaharui sesuai dengan keadaan dan semangat rakyat. Dalam bulan Jun 1965, baginda menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Mohammed Sulaiman supaya memanjangkan titah baginda itu kepada Encik Saiful Bahri, Pengarah Muzik Filem Negara untuk mengubah semula lagu Kebangsaan Selangor.  Encik Saiful Bahri yang menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menganggap titah baginda Sultan Selangor itu merupakan satu penghargaan kepada dirinya dan menerima tugas tersebut dengan penuh kebanggaan.  Beliau kemudian menggubah lagu baru negeri Selagor yang kemudian diberi judul ‘Duli Yang Maha Mulia’ dan lagu tersebut menjadi lagu rasmi negeri Selangor semenjak daripada tarikh tersebut.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768