Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Dilantik Menjadi Yang Dipertuan Agong Kedua

Pada hari ini dalam tahun 1960, DYMM Sultan Selangor, Tuanku Hisamuddin Alam Shah  Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kedua, menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang telah mangkat pada 1 April 1960.  Sebelum pemilihan dibuat, satu pilihanraya Diraja telah diadakan di Istana Negara.Tuanku Hisamuddin Alam Shah  Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shahtelah terpilih menjadiYang di-Pertuan Agong manakala Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.  Selain dihadiri oleh Sultan-sultan dan Raja-raja Melayu, persidangan untuk memilih pengganti Yang di-Pertuan Agong initurut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seluruh anggota Jemaah Menteri, Gabenor-gabenor, Menteri-menteri Besar serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.  Sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, baginda terlebih dahulu telah dilantik menjadi Tengku Panglima Selangor dalam tahun 1920.Dalam tahun 1931 baginda dilantik pula menjadi Tengku Laksamana dan pada 20 Julai 1936 baginda kemudiannya dilantik sebagai Raja Muda Selangor.  Setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah mangkat, baginda telah mengambilalih takhta kerajaan negeri Selangor pada 4 April 1938.  Akhirnya pada hari ini dalam tahun 1960 DYMM Tuanku Hisamuddin Alam Shah  Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah dipilih dengan rasminya menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kedua.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768