Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Back

PERASMIAN KAMPUNG BUDAYA SARAWAK

Pada hari ini dalam tahun 1990,  Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad telah merasmikan Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Kuching, Sarawak.  Kampung Budaya ini mempamerkan pelbagai budaya yang terdapat di negeri Sarawak yang dapat menarik perhatian para pelancong dalam dan luar negara. Menurut Perdana Menteri, Sarawak sememangnya kaya dengan berbagai-bagai budayanya sendiri dan melalui Kampung Budaya ini, para pelancong akan mendapat gambaran yang lebih jelas lagi mengenai kebudayaan di Sarawak.  Menurutnya lagi, sektor pelancongan di negara ini berpotensi besar dan berkembang dengan pesat, namun negara ini masih lagi ketinggalan jika di bandingkan dengan beberapa buah negara ASEAN.  Projek Kampung Budaya Sarawak ini merupakan satu lagi projek pelancongan bukan penginapan dan kerajaan berharap banyak lagi projek seperti ini akan dibina bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara. Sesungguhnya dengan pembukaan Kampung Budaya Sarawak ini, bukan sahaja dapat menambah destinasi pelancongan sedia ada malah dapat memperkenalkan kebudayaan unik yang terdapat di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Peristiwa Peristiwa

Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768