KONVENSYEN PERJUANGAN AMINUDDIN BAKI: PENYELAMAT BANGSA.

Tarikh Peristiwa pada 19-04-1987

'Pada  hari  ini  dalam  tahun  1987,  satu  konvensyen  yang  bertajuk  Perjuangan Aminuddin  Baki  telah  diadakan di  Balai   Budaya,  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka,  Kuala  Lumpur.  Konvensyen  yang  bertemakan  ‘Penyelamat  Bangsa’  ini  diadakan  bagi  mengenang  jasa-jasa  Allahyarham  Aminuddin  Baki  yang  telah  banyak  menyumbang  kepada  pembangunan  dan  kem...'

MARDI BERJAYA TEMUI PROSES BARU BIAK UBI KENTANG

Tarikh Peristiwa pada 19-04-1991

'Pelbagai penyelidikan dijalankan oleh MARDI untuk meningkatkan lagi pendapatan para pekebun dan petani.  Di antara penemuan baru dari hasil penyelidikan yang dijalankan oleh MARDI ialah proses pembiakan ubi kentang yang berkualiti bagi membolehkan tanaman tersebut diusahakan secara meluas di negara ini. Penemuan baru proses pembiakan ubi kentang yang berkualiti telah ...'
BENDERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DILULUSKAN OLEH MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN

Tarikh Peristiwa pada 19-04-1950

'Pada hari ini 19.4.1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan corak bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa itu menandakan buat pertama kalinya Persekutuan Tanah Melayu mempunyai bendera sebagai simbol sebuah negara. Bendera itu mengandungi enam jalur merah dan lima jalur putih serta bintang pecah sebelas. Ianya adalah simbolik kepada sembilan nege...'
MALAYSIA DAN BANGLADESH MENANDATANGANI PERJANJIAN PERKAPALAN DAN PERJANJIAN PENGELAKAN CUKAI DUA KALI

Tarikh Peristiwa pada 19-04-1983

'Pada hari ini dalam tahun 1983, Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perkapalan dan Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali dengan Kerajaan Bangladesh. Upacara menandatangani perjanjian tersebut yang berlangsung di Istana Presiden adalah sempena lawatan rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia ke negara tersebut. Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali yang ditandata...'
DEKLARASI KONVENSYEN PERJUANGAN AMINUDDIN BAKI

Tarikh Peristiwa pada 19-04-1987

'Pada hari ini 19.4.1987, telah diadakan Konvensyen Aminuddin Baki yang bertemakan “Penyelamat Bangsa” di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Ia merupakan hasil anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan bertujuan untuk :- Memberi kesedaran tentang perlunya disatukan tenaga seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu Memberi kesedaran tentang pen...'