PERANG LARUT DAN CAMPUR TANGAN BRITISH
Pakej : PENTADBIRAN BRITISH
Sinopsis Video
Pada sekitar tahun 1840an, negeri Perak amat terkenal dengan hasil buminya iaitu bijih timah. Pembesar-pembesar Melayu pada ketika itu menjadi pengusaha lombong bijih timah dan kebanyakan orang Melayu berkerja sebagai pendulang bijih.Melihatkan kepada keperluan untuk mendapatkan buruh mahir bagi meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran bijih timah sekaligus meningkatkan pendapatan. Maka pada tahun 1848, Orang Besar Larut, Long Jaafar telah membawa masuk orang Cina secara besar-besaran dan membuka lombong bijih baru di Kelian Pauh.Bermula dengan kemasukan pelombong-pelombong Cina ke Larut dan mereka hidup berkelompok menjadi kongsi gelap sehinggalah tercetusnya peperangan di Larut. Pertelingkahan dan ketidaksefahaman inilah telah memberi peluang keemasan kepada British untuk campur tangan di Tanah Melayu.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PENTADBIRAN BRITISH

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama