TAIPING - PORT WELD LANDASAN KERETAPI PERTAMA
Pakej : PENTADBIRAN BRITISH
Sinopsis Video
TAIPING - PORT WELD LANDASAN KERETAPI PERTAMA "Pada tahun 1882, pembinaan landasan keretapi pertama yang menghubungkan kawasan perlombongan di Larut, Taiping dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld dimulakan. Seluruh pembiayaan pembinaan landasan keretapi ini telah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Perak yang menelan belanja berjumlah £7,000. Anggaran jarak landasan sejauh 8 batu dan pembinaannya mengambil masa selama hampir 4 tahun untuk disiapkan. Pada 1 Jun 1885, landasan keretapi yang pertama dari Taiping ke Port Weld telah dirasmikan oleh Sir Hugh Low, Residen Negeri Perak. Dengan pembukaan landasan ini, bermulalah era baru sistem pengangkutan moden di Tanah Melayu. Ia mampu membawa buruh-buruh dan pelombong-pelombong ke tempat kerja mereka."
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PENTADBIRAN BRITISH

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama