PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN WANITA PERTAMA
Pakej : PENTADBIRAN BRITISH
Sinopsis Video
Sekitar tahun 1930an, bilangan murid perempuan Melayu telah meningkat dengan pesat maka sebuah institusi khusus bagi melatih guru-guru wanita Melayu yang akan mengajar di sekolah rendah perempuan perlu diwujudkan. Di atas alasan itu, tertubuhlah sebuah Maktab Perguruan Wanita Pertama yang memberi peluang kepada wanita-wanita untuk dilatih menjadi guru.Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan Kerajaan British mengambil keputusan membina maktab ini di sini. Tambahan pula terdapat sebuah hospital yang dikosongkan dan telah diubahsuai menjadi maktab perguruan tanpa perlu menggunakan perbelanjaan yang besar. Pada 31 Januari 1935, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka telah dibuka secara rasmi.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PENTADBIRAN BRITISH

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama