JEPUN MENYERAH KALAH
Pakej : PENDUDUKAN JEPUN
Sinopsis Video
Jepun mengisytiharkan kekalahannya kepada Tentera Berikat dalam Perang Dunia Kedua pada 15 Ogos 1945 apabila Maharaja Hirohito, maharaja yang memerintah Jepun pada waktu itu membuat pengumuman menerima Perisytiharan Potsdam dan seterusnya menyerah kalah.Kekalahan ini berpunca dari kemusnahan dua Bandar utamanya, Hiroshima dan Nagasaki dengan ledakan bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945 dan membunuh ratusan ribu rakyat Jepun. Berita serangan bom atom itu tiba di Tanah Melayu tidak lama kemudiannya yang memberikan tamparan hebat terhadap penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Upacara meletakan senjata secara beramai-ramai oleh Askar Jepun peringkat rendah telah dilakukan di Lapangan Terbang Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PENDUDUKAN JEPUN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama