PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
Pakej : PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Sinopsis Video
Pada 25 Julai 1946, satu jawatankuasa eksekutif telah ditubuhkan bagi membincangkan perihal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa ini sering mengadakan perjumpaan di King's House Kuala Lumpur bagi membincangkan penolakan pembentukan Malayan Union, pembentukan persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu, menolak kerakyatan jus soli, taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula dan mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu.Laporan Jawatankuasa Kerja yang dikeluarkan oleh empat orang wakil Raja-raja Melayu, dua orang wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British pada bulan Disember, 1947 adalah titik permulaan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama