RUNDINGAN BALING
Pakej : ZAMAN DARURAT
Sinopsis Video
Pada 28 dan 29 Disember 1955, rundingan Kerajaan Perikatan dan Parti Komunis Malaya telah dibuat bertempat di Baling English School atau nama barunya Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putra.Sebaik sahaja Parti Perikatan memenangi Pilihanraya Umum yang pertama, YTM Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan perisytiharan pengampunan beramai-ramai kepada PKM dan seterusnya merancang rundingan ini bagi menghentikan keganasan komunis. Tujuan rundingan ini juga adalah bagi melicinkan proses kemerdekaan Tanah Melayu dari British.Antara yang menghadiri Rundingan Damai Baling ini adalah, dari pihak Kerajaan Perikatan, diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, beserta Encik David Marshall (Ketua Menteri Singapura), dan Datuk Tan Cheng Lock. Dari pihak PKM, diketuai oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : ZAMAN DARURAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama