PENUBUHAN MALAYSIA
Pakej : PENUBUHAN MALAYSIA
Sinopsis Video
Tanggal 27 Mei 1961, bertempat di Hotel Adelphi, Singapura suatu Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara telah diadakan, dan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah berucap dan menegaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.Hal ini bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang mampu menggugat kestabilan politik serantau. Gagasan ini juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan rakyat yang hadir, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia iaitu Malaysia.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : PENUBUHAN MALAYSIA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama