MKKEM - PEMBINAAN EKONOMI BANGSA MELAYU
Pakej : RANCANGAN MALAYA KEDUA
Sinopsis Video
Pada 22 Mei 1963, Majlis Kebangsaan Kemajuan Ekonomi Melayu (MKKEM) telah ditubuhkan sebagai langkah pertama di dalam Rancangan Malaysia Kedua bagi meningkatkan ekonomi orang Melayu ketika itu. Langkah kedua, dengan menubuhkan Syarikat Kewangan Kemajuan Perusahaan Persekutuan, manakala Langkah ketiga kerajaan mencadangkan tanah-tanah kawasan Simpanan Melayu. Dengan penubuhan majlis ini, dasar-dasar kerajaan mengenai penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan akan dapat dilaksanakan daripada peringkat pusat sehinggalah ke peringkat negeri. Disamping itu beberapa syarat khas telah dikenakan kepada pemegang lesen. Bagi memajukan ekonomi orang Melayu, bantuan daripada kerajaan dan badan bernama ‘Kemajuan Sharikat Kerjasama’ adalah satu cara meningkatkan ekonomi di luar bandar. MKKEM telah mengadakan satu kongres pada 4-6 Jun 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman dan menubuhkan sebuah Bank Bumiputera dan sebuah Penguasa Pemasaran Pertanian Persekutuan. Penubuhan MKKEM memperlihatkan keperihatinan kerajaan terhadap ekonomi orang Melayu yang ketinggalan berbanding kaum lain ketika itu.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama