STADIUM NEGARA
Sinopsis Video
Stadium Negara merupakan stadium tertutup dan serbaguna pertama di Malaysia. Idea pembinaan stadium ini datang daripada hasrat Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1959 untuk negara memiliki sebuah stadium seperti Earl’s Court, London. Stadium yang dianggap terbaik di Asia Tenggara ketika itu menampilkan kejuruteraan asli dan seni bina moden negara dengan kos pembinaan sebanyak RM34 juta. Stadium Negara telah direka bentuk oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Stanley Jewkes Edward. Acara pertama yang berlangsung di Stadium Negara ialah Kejohanan Badminton Asia pada 21 April 1962. Kejayaan yang paling meninggalkan kenangan ialah apabila pasukan badminton negara merangkul kejohanan Badminton Piala Thomas pada tahun 1992.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama