BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
Sinopsis Video
Pada 23 Februari 1967, Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Abdul Razak, telah membentangkan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dan diluluskan pada 3 Mac 1967 sebagai Akta Bahasa Kebangsaan 1967 melalui peruntukkan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Malaysia. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah mewajibkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi. Pada 1 September 1967, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Malaysia. Terdapat empat faktor utama Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Yang pertama, Suruhanjaya Reid menyarankan agar Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Kedua, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Ketiga, penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Dan yang keempat ialah Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu direalisasikan apabila Pada tahun 1970, Encik Mohd. Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, telah mengisytiharkan penubuhan universiti yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang diakui manfaatnya dalam pembinaan suatu bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama