STESEN SATELIT BUMI KUANTAN
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
Sinopsis Video
Penerokaan dalam bidang telekomunikasi dan teknologi satelit negara telah bermula dengan pembinaan Stesen Satelit Bumi yang pertama di Kuantan, Pahang. Stesen satelit bumi ini telah dibina oleh syarikat Mitsubishi Shoji Kaisha Berhad dari Jepun bermula pada bulan Februari 1969 dan siap dalam tempoh 14 bulan. Stesen satelit ini terletak di kawasan seluas 32 ekar di Jalan Beserah Kuantan, Pahang dan menelan belanja sejumlah RM9 juta. Perasmian Stesen satelit bumi telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra pada 6 April 1970.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama