ANGKATAN KAJIAN SAINS (ANGKASA)
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
Sinopsis Video
Usaha terawal untuk menarik minat dan membudayakan ilmu sains dan teknologi di kalangan masyarakat dirintis oleh para sarjana, pensyarah dan pendidik berkaitan bidang sains dan teknologi melalui penubuhan Angkatan Kajian Sains (ANGKASA) pada 16 Januari 1967 di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penubuhan ANGKASA sesungguhnya merupakan satu langkah awal dalam usaha menggembangkan ilmu sains dan teknologi di kalangan masyarakat, terutama golongan pelajar-pelajar Melayu dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama