RANCANGAN BUKU HIJAU
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
Sinopsis Video
Rancangan Buku Hijau atau lebih dikenali sebagai Gerakan Bumijaya adalah strategi kerajaan untuk menambah bekalan makanan akibat daripada masalah inflasi.Rancangan dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974, di Bilik Gerakan, Jabatan Perdana Menteri.Rancangan Buku Hijau ini adalah lanjutan daripada Gerakan Pembaharuan yang dilaksanakan pada tahun 1972. Rancangan Buku Hijau adalah usaha untuk menggalakkan rakyat mengusahakan pertanian dan penternakan serta meningkatkan pengeluaran bahan makanan, menambahkan pendapatan rakyat dan memastikan rakyat serta pihak kerajaan bergerak lebih aktif dalam program pembangunan. Peningkatan hasil tanaman ini sedikit sebanyak telah membantu menurunkan harga makanan dan meningkatkan ekonomi negara melalui eksport dan hasil penternakan ikan air tawar.Penyertaan rakyat dalam rancangan ini telah mendapat kerjasama yang baik dengan agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, Jabatan Perikanan, Jabatan Tanah dan lain-lain. Rancangan Buku Hijau adalah satu gerakan pembaharuan ekonomi telah berjaya menyusun semula masyarakat luar bandar dan meningkatkan pendapatan mereka sekaligus dapat membasmi kemiskinan hidup.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama