RASCOM
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
Sinopsis Video
RASCOM yang dikenali sebagai “Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang” atau “Rajang Area Security Command”, dilancarkan pada 26 Mac 1972 oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak Hussein.(VO RASCOM ditubuhkan untuk memerangi Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di kawasan Lembah Rajang Ianya juga untuk mengawal dan mengekalkan keselamatan, serta keamanan di Sarawak serta memberi perubatan secara percuma kepada penduduk. Kepimpinan, strategi dan semangat juang tinggi anggota RASCOM telah menyumbang kepada kejayaan organisasi ini. Pihak media seperti The Masses Press dan Berita Rakyat turut memainkan peranan melaporkan berita RASCOM dalam membantu kerajaan membanteras komunis. Antara kejayaan RASCOM ialah Operasi Sri Aman yang dilancarkan pada 21 Oktober 1973 yang berjaya membanteras ancaman PKKU dan kejayaan ini membawa kepada termeterainya perjanjian damai di antara kerajaan Malaysia dengan PKKU yang ditandatangani pada 17 Oktober 1990. Dengan pembubaran ini, RASCOM telah digantikan dengan Markas Briged Kesembilan. Peranan dan sumbangan pihak kerajaan yang amat bermakna ini telah berjaya melumpuhkan ancaman komunis di Sarawak.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama