PENUBUHAN BANK SIMPANAN NASIONAL
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
Sinopsis Video
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Akta Parlimen 146, Undang-Undang Malaysia 1974 dan dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada 5 Disember 1974. Maka dengan ini, Bank Simpanan Nasional telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Bank Simpanan Nasional yang telah mengambil alih semua tugas-tugas dan fungsi Bank Simpanan Pejabat Pos. Penubuhan Bank Simpanan Nasional pada hari ini telah dapat menggalakkan lagi peluang-peluang penyimpanan oleh penduduk bandar dan luar bandar. Secara tidak langsung, ianya membantu ke arah menegakkan kedudukan ekonomi bukan sahaja rakyat tetapi juga membantu kerajaan dalam pembangunan Negara.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama