SEBUTIR BINTANG DI PERSADA SENI
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA
Sinopsis Video
"P.Ramlee – Lagenda seni tanah air yang tidak asing bagi kita. Walaupun beliau telah meninggalkan kita lebih daripada 4 dekad, hasil seni nukilan beliau masih tetap terpahat di hati di setiap lapisan masyarakat. Bakat beliau di kesan oleh B.S Rajhans di tahun 1948 sewaktu beliau membuat persembahan di Agricultural Show, Bukit Mertajam. B.S Rajhans merupakan seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura telah menawarkan peluang kepada P.Ramlee untuk menjadi seorang penyanyi dan pelakon filem. Pada tahun yang sama juga, P. Ramlee telah pergi ke Singapura untuk mencuba nasib beliau sebagai seorang anak seni.P Ramlee telah melakar sejarah yang gemilang sebagai anak seni dalam industri perfileman dan beliau juga dikenali sebagai Seniman Agung Negara atas jasanya yang amat besar. Sepanjang penglibatan dalam industri ini, beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 60 buah filem sepanjang hayatnya. Filem terakhir beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lirik terakhir beliau ialah Air Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973. Kini hasil dan segala usahanya telah dikumpulkan di sebuah pustaka di Setapak, Kuala Lumpur yang dirasmikan pada tahun 22 Mac 1986 dan diberi nama Pustaka Peringatan P Ramlee."
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEDUA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama