GERAKAN DAOYAI
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
Sinopsis Video
Gerakan Daoyai-Musnah merupakan operasi kententeraan kerjasama kerajaan Malaysia dan Thailand bagi mengatasi ancaman pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang bersembunyi di selatan Thailand. Gerakan ini dilancarkan pada 14 Januari 1977 di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Hussein Onn dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Thailand Thanin Kraivichien. Gerakan Daoyai-Musnah bertujuan untuk menghapuskan pangkalan logistik penganas komunis di sempadan Malaysia-Thailand meliputi Padang Besar dan Wang Kelian di Perlis, Jeli dan Sungai Golok di Kelantan. Tentera Malaysia diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Osman Bin Mohd Zain bersama Royal Thai Army. Di atas kejayaan ini, Gerakan Daoyai-Musnah telah ditamatkan pada 19 April 1977. Kecemerlangan Gerakan Daoyai-Musnah I diteruskan dengan Gerakan Daoyai-Musnah II untuk menjejak saki baki PKM. Malaysia dan Thailand meneruskan lagi kerjasama sempadan apabila Operasi Cahaya Bena I dilancarkan pada 4 Julai 1977 di kawasan Betong, Thailand. Diikuti dengan Operasi Cahaya Bena II dilancarkan pada 7 Julai 1977 di kawasan Weng, Thailand. Malaysia dan Thailand berjaya mengadakan kerjasama yang erat dalam menangani sebarang isu dan masalah yang merentas sempadan.Kerjasama ini memperkukuhkan hubungan diplomatik dan sekaligus menyumbang kepada kestabilan, keamanan dan keselamatan di kedua-dua negara dan rantau Asia.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama