PERJANJIAN PERBATASAN SEMPADAN LAUT MALAYSIA-THAILAND
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
Sinopsis Video
Malaysia dan Thailand telah menandantangani Perjanjian Perbatasan Wilayah Laut Malaysia–Thailand pada 24 Oktober 1979 di Bilik Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Perjanjian ini ditandangani oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Hussein Onn dan Jeneral Kriangsak Chomanan iaitu Perdana Menteri Thailand. Perjanjian ini bertujuan untuk menyelesaikan isu dan masalah perbatasan wilayah Laut Malaysia-Thailand terutamanya di sekitar Teluk Thailand dan Laut China Selatan serta Selat Melaka. Kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk menyelesaikan isu ini secara damai melalui perjanjian Perbatasan Wilayah Laut Malaysia-Thailand. Melalui perjanjian ini, beberapa perkara penting telah dipersetujui bersama.. Perjanjian Pembatasan Wilayah Laut Malaysia-Thailand ini membawa erti yang besar ke atas hubungan dua hala kedua-dua negara. Sesuai dengan semangat ASEAN, perjanjian ini telah dapat meningkatkan lagi kerjasama serantau dari aspek keselamatan, pertahanan dan sebagainya. Sekaligus, hak dan kepentingan di perbatasan wilayah laut Malaysia-Thailand dapat dipertahankan dan dipelihara daripada diganggu gugat oleh negara luar.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama