NADI IBUKOTA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
Sinopsis Video
Hentian Puduraya merupakan pusat hentian setempat untuk para pengguna mendapatkan khidmat pengangkutan awam khususnya bas. Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Hentian Puduraya ini digunakan oleh bas-bas ekspress untuk perkhidmatan ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuklah destinasi negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Hentian ini mengambil nama sempena kedudukannya yang terletak di Jalan Pudu. Kedudukan sebenar Hentian Puduraya ialah di persimpangan 3 jalan iaitu Jalan Pudu, Jalan Mountbatten dan Jalan Foch. Mula dibina pada Mac 1973 dan siap sepenuhnya pada Mac 1977. Bangunan Hentian Puduraya ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Hussein Onn pada 2 Oktober 1976 jam 4.30 petang. Kini, Hentian Puduraya telah mengalami perubahan yang seiring dengan arus pemodenan Negara dan kekal menjadi Nadi Ibukota. Ianya dilengkapi 296 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik bagi menjaga keselamatan pengguna. Terminal menunggu dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin otomatik serta ruang penunggu yang lebih luas dan selesa. Nama Hentian Puduraya telah bertukar menjadi Pudu Sentral pada 27 Ogos 2011. Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak sekali lagi telah mengumumkan Pudu Sentral dinamakan sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL pada 22 September 2012.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama