SEKOLAH MENENGAH KHAS KANAK-KANAK BUTA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA
Sinopsis Video
Sekolah Menengah Khas Kanak-Kanak Buta telah dibuka pada bulan April 1974 di Setapak, Kuala Lumpur. Kemudian sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan). Penubuhan sekolah ini adalah selaras dengan Akta Pelajaran 1961 yang memberikan hak sama rata termasuk kepada pelajar-pelajar yang kelainan upaya untuk mendapat peluang pendidikan di sekolah. Sekolah ini adalah sekolah pertama untuk pelajar cacat penglihatan dari seluruh negara termasuk Brunei. Penubuhan sekolah khas ini adalah manifestasi kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan yang adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama