JAMBATAN TERPANJANG DI ASIA TENGGARA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
Sinopsis Video
Jambatan Pulau Pinang menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai. Ukuran panjang keseluruhan jambatan ini ialah 13.5 Kilometer dimana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Laluan di Pulau Pinang meliputi jarak sepanjang 1.5 km, manakala untuk laluan di Seberang Prai meliputi jarak sepanjang 3.6 km. Jambatan ini terdiri daripada 6 laluan kenderaan, 3 di setiap arah dan jarak antara menara dari aras air adalah 101.5 meter. Tinggi jambatan dari aras air pula adalah 33 meter yang disokong oleh gantungan utama sepanjang 225 meter dan gantungan hujung sepanjang 107.5 meter.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama