PROTON
Sinopsis Video
Pada tahun 1979, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, mencetuskan idea membangunkan industri automotif dan pembuatan automobil negara. Impian beliau adalah untuk mempercepatkan keupayaan perindustrian Malaysia sepadan dengan negara-negara maju. Lanjutan daripada itu, kabinet meluluskan Projek Kereta Nasional pada tahun 1982. Pada 7 Mei 1983, Proton telah ditubuhkan bagi menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan Projek Kereta Nasional. Proton merupakan sebuah syarikat usaha sama di antara Perbadanan Industri Berat (HICOM) dan Mitsubishi Motors Coporation (MMC), Jepun. YBhg Tan Sri Dato’ Jamil bin Mohd Jan, CEO Proton yang pertama bertanggungjawab bagi melaksanakan projek pembuatan kereta Nasional pertama Malaysia. Pada 9 Julai 1985, Majlis Pelancaran Kereta Proton Saga dan Majlis Pembukaan Rasmi Kilang Kereta Nasional yang pertama telah diadakan di Kilang Proton, Shah Alam oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pengeluaran automobil yang pertama di negara ini telah mengukir sejarah dan meletakkan negara setanding dengan negara-negara pengeluar kereta yang maju. Usaha gigih, penuh dedikasi dan sanggup menghadapi cabaran dalam menghasilkan kereta nasional pertama ini telah menjadi kebanggaan seluruh rakyat di negara ini. Kini, Proton merupakan antara pengeluar kereta yang kompetitif di pesada antarabangsa dengan menghasilkan pelbagai model antaranya ialah Iswara, Wira, Putera, Perdana, Satria, Tiara, Savy, Waja, Gen2, Persona, Exora, Preve', Inspira, Suprima S dan Iriz.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama