WIRA-WIRA BADMINTON
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
Sinopsis Video
"Dalam sejarah sukan badminton di Malaysia,terdapat ramai jaguh badminton bertaraf dunia berjaya dilahirkan. Antaranya termasuklah Wong Peng Soon, Abdullah Piruz, Ong Poh Lim, Chan Kon Leong, Eddy Choong, Tan Aik Huang, Ng Boon Bee, Tan Yee Khan Punch Gunalan, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Ong Tiong Boon dan Ong Beng Teong. Namun begitu Dato’ Hj. Sidek Abdullah Kamar merupakan nama yang paling sinonim dengan sukan ini di Malaysia. Kejayaan beliau mendidik anak-anaknya, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek menjadi jaguh badminton negara telah mendapat penghargaan daripada Sultan Selangor ketika itu DYMM Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah apabila beliau telah dianugerahkan gelaran Dato’ pada tahun 1990. Rashid Sidek juga turut menyumbang kepada negara apabila beliau telah berjaya memenangi Piala Thomas 1992, pingat emas Sukan Komanwel Auckland 1990, Victoria 1994 dan pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996. Di samping itu, Rahman pula telah menjadi salah seorang anggota barisan juara Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur dengan menundukkan musuh ketat, Indonesia. Kejayaan anak-anak Sidek ini telah menaikkan kembali imej Malaysia dalam dunia badminton. Kejayaan Haji Sidek membentuk wira-wira badminton Negara diteruskan oleh anak-anaknya apabila sentiasa terpilih sebagai jurulatih badminton kebangsaan dan berjaya melahirkan jaguh-jaguh baru dunia seperti Roslin Hashim, Hafiz Hashim, dan Datuk Lee Chong Wei."
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama