TUN MAHATHIR
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
Sinopsis Video
Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Dikenali sebagai Dr M atau nama timangan “Che Det” merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Mahathir telah banyak mengubah segala persepsi masyarakat dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju yang dikenali di serata dunia. “WAWASAN 2020” merupakan salah satu idea yang diilhamkan oleh Tun Mahathir sewaktu Pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991. Kertas kerja yang bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” adalah bertujuan untuk melihat negara umumnya serta masyarakat Malaysia lebih maju dalam pelbagai aspek menjelang tahun 2020. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang semakin pesat seiring dengan permintaan dunia merupakan objektif utama kepada idea Wawasan 2020 ini.Wawasan 2020 ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama