KEBANGKITAN INDUSTRI PERFILEMAN DI MALAYSIA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
Sinopsis Video
Industri perfilemen negara sudah bermula dengan pembukaan Studio Jalan Ampas di Singapura pada tahun 1947 hingga ke Studio Merdeka di Ulu Klang pada tahun 1961. Namun akhirnya kedua-dua studio ini terpaksa ditutup masing-masing pada tahun 1967 dan 1979 kerana sambutan dingin penonton terhadap filem tempatan. Menyedari kegagalan pihak swasta dalam membangunkan industri perfilemen tempatan maka kerajaan akhirnya melibatkan diri secara langsung dalam industri perfileman. Inisiatif pertama ialah dengan pembukaan Kompleks Studio Filem Negara Malaysia yang berharga RM4.1 juta pada 24 Ogos 1965. Bagi terus mengukuhkan industri perfileman, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Filem Negara pada 23 Februari 2005 dan Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) pada 21 Oktober 2011.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama