GERAKAN CINTAI BAHASA KITA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
Sinopsis Video
Sebagai usaha memartabatkan dan meningkatkan mutu penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka pada tahun 1987, Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Melayu telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Melayu yang mencakupi pelbagai bidang tersebut.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama