BERAKHIRNYA ANCAMAN PKM
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
Sinopsis Video
Pada 2 Disember 1989 perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya(PKM) ditandatangi di Hotel Lee Garden, Haatyai, Selatan Thailand oleh perwakilan masing-masing. Perjanjian Damai tersebut menandakan berakhirnya perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya. Perjanjian ini secara amnya telah menggariskan empat perkara iaitu menamatkan aktiviti bersenjata, pembubaran unit-unit bersenjata, tempat tinggal bagi bekas anggota komunis di Thailand dan penyediaan bantuan oleh pihak berkuasa Malaysia. Hasil perjanjian tersebut Parti Komunis Malaya membubarkan pasukan bersenjata serta memusnahkan senjata-senjata sebagai Menerusi perjanjian ini, Parti Komunis Malaya secara rasminya bersetuju menghentikan perjuangan bersenjata terhadap Kerajaan Malaysia dan berikrar akan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta menerima dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang Negara Malaysia. Menerusi Perjanjian damai ini, ketiga-tiga pihak telah mengiktiraf bahawa hasil rundingan ini akan membawa keamanan, kemakmuran dan kestabilan kepada kedua-dua Negara terutamanya dari kawasan Sempadan Malaysia. perjanjian damai ini telah menunjukkan usaha Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan keamanan dan kestabilan serantau.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama