ASB
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
Sinopsis Video
Skim Amanah Saham Bumiputera(ASB)adalah satu unit pelaburan amanah bagi bumiputera Malaysia. ASB dilaksanakan untuk memelihara serta memperkukuhkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera melalui pelaburan. Lanjutan daripada itu, pada 11 November 1989, telah diadakan majlis pengisytiharkan skim tersebut dan ia telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 1 Januari 1990. Skim Amanah saham untuk bumiputera adalah ilham daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan Menteri Kewangan pada ketika itu. Terdapat keistimewaan melabur dalam Skim ASB ini iaitu ahli ASB berhak menerima unit pokok dengan percuma, risiko yang minimum, pelaburan yang selamat, keuntungan berpatutan dan dikendalikan oleh tenaga pengurusan yang profesional. Sehingga kini ASB masih lagi terus relevan kerana dengan wujudnya skim ini ia telah menyuntik semangat menabung secara sistematik dan terancang dalam kalangan bumiputera terutamanya dari segi pengurusan kewangan sekali gus dapat meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat bumiputera.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama