WAKTU STANDARD
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KEENAM
Sinopsis Video
1 Januari 1982 merupakan tarikh keramat bagi Negara Malaysia kerana ia merupakan satu detik penting bermulanya penggunaan waktu standard bagi seluruh Negara Malaysia. Penggunaan waktu standard ini telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad dan satu Rang Undang-Undang berkenaannya telah dibentangkan oleh beliau dan disokong oleh Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Tan Sri Ong Kee Hui. Rang undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 21 Disember 1981 dengan sebulat suara. Penguatkuasaan Waktu Standard Malaysia ini bermula pada 1 Januari 1982 melalui Akta Waktu Standard Malaysia. Bagi penyeragaman waktu standard ini, pada 31 Disember 1981 pukul 11.30 malam jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad telah diselaraskan ke pukul 12.00 malam. Penyelarasan waktu ini turut disertai oleh kerajaan Singapura untuk mengikuti jejak Malaysia dengan menetapkan waktu standardnya 8 jam kehadapan Greenwich Meantime (GMT).Pada masa yang sama, waktu Sabah dan Sarawak dipilih kerana waktu ini didapati lebih dari segi penjimatan keatas waktu siang atau “Daylight Saving”. Selain itu, waktu Sabah dan Sarawak dipilih berbanding waktu semenanjung adalah bagi mengikut amalan antara bangsa perbezaan waktu diantara satu zon dengan zon yang berikutnya adalah satu jam. Jadi waktu Sabah dan Sarawak didapati menepati prinsip perbezaan ini.Penguatkuasaan Waktu Standard Malaysia ini telah memberi kesan positif kepada usaha untuk penyatuan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Penyeragaman waktu ini telah dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti negara.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KEENAM

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama