SUKAN KOMANWEL 1998
Sinopsis Video
Malaysia telah menjadi negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-16 pada 11 hingga 21 September 1998 di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil. Logo Sukan Komanwel (Sukom) 1998 diinspirasikan daripada bunga kebangsaan, bunga raya yang membentuk simbol tahun 98. Orang Utan bernama ‘Wira’ telah dijadikan maskot Sukan Komanwel XVI. Temasya empat tahun sekali dan edisi terakhir untuk abad ke-20 itu mempertandingkan 15 acara sukan dengan penyertaan 5,065 atlet daripada 70 buah negara. Penganjuran Sukan Komanwel ke XVI telah membuktikan kemampuan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi gelanggang sukan bertaraf antarabangsa.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama