PUTRAJAYA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Sinopsis Video
7 November 2000 telah menjadi titik bersejarah apabila berlakunya peristiwa penyerahan Putrajaya daripada Kerajaan Negeri Selangor kepada kerajaan Persekutuan. Penyerahan ini telah dimeteraikan dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan. Termeterainya perjanjian ini menjadikan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara menggantikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan telah dirasmikan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Febuari 2001. Sebelum nama Putrajaya diberi, nama asal tempat itu ialah Prang Besar, perkataan Putrajaya membawa maksud “Putera yang Berjaya”, mengambil nama dari perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Penubuhan Putrajaya telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sebuah bandar yang moden di dalam negara. Kawasan di Putrajaya terdiri daripada Pusat Pentadbiran Kerajaan yang menempatkan Kementerian, Jabatan dan Agensi kerajaan perseketuan. Antara bangunan pentadbiran awal yang didirikan ialah Kompleks Jabatan Perdana Menteri yang menempatkan Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi dibawahnya.. Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tempat tarikan pelancongan. Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah simbol kemajuan dan kematangan pentadbiran dan pembangunan negara, selain telah dapat melonjakkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama