KERAJAAN ELEKTRONIK
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Sinopsis Video
Kerajaan Elektronik bermula sebaik sahaja kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1997 yang merupakan salah satu idea Perdana Menteri ketika itu YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad selaras dengan wawasan 2020.Unit Pemodenan Tadbiran dan perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, dipertanggungjawabkan untuk membangun dan memodenkan perkhidmatan awam. MAMPU diberi tugas untuk merancang, memperkukuhkan sistem penyampaian awam yang merupakan agenda utama kerajaan Malaysia. Selain itu bahagian pembangunan Kerajaan Elektronik, MAMPU diberi tugas mengubah cara operasi dalam kerajaan dan kaedah-kaedah untuk menyalurkan perkhidmatan elektronik kepada kerajaan. Antara projek-projek awal sejak tahun 1999, Kerajaan Elektronik yang dibangunkan termasuklah, HRMIS iaitu sistem mengurus sumber manusia di bawah Jabatan perkhidmatan Awam (JPA). Kerajaan Elektronik mampu mengubah sistem perkhidmatan sektor awam yang dianggap tradisional kepada yang lebih moden iaitu daripada sistem manual kepada sistem elektronik sekaligus mengurangkan kerenah birokasi. Selain itu, urusan pembayaran bil, semakan saman, hutang dan sebagainya dapat dilakukan dengan mudah dan pada bila-bila masa sahaja selama 24 jam atau 7 hari dalam seminggu.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama