PELABUHAN ENTREPORT MALAYSIA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Sinopsis Video
Pelabuhan Klang mempunyai hubungan perdagangan yang baik dengan lebih 170 buah negara di dunia. Ianya menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan. Pelabuhan Klang mempunyai 17 dermaga kontena, 11 dermaga untuk pengendalian cargo am, 7 dermaga untuk pukal kering dan 7 dermaga untuk pukal cecair. Pelabuhan Klang adalah di antara pelabuhan yang paling selamat di dunia. Bahagian keselamatan pelabuhan diselia oleh Lembaga Pelabuhan Klang yang menggunakan Sistem Pengurusan Lalulintas Perkapalan atau Vessel Traffic Management System (VTMS). Pelabuhan Klang pada abad ke-21 terus mengekalkan kelebihan kompetitif dengan menambah baik dan menyediakan kemudahan pelabuhan tambahan serta perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Pelabuhan Klang akan terus menjadi pelabuhan entrepot terulung di Asia Tenggara dan gerbang pengangkutan laut termasyhur di serata dunia.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama