PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Sinopsis Video
Idea untuk mengadakan sebuah program ‘Kerahan Tenaga’ adalah hasil resolusi Kongres Patriotisme Negara anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Biro Tata Negara (BTN) di Bangi, Selangor pada 24 Oktober 2002. PLKN yang mula dilaksanakan pada 16 Febuari 2004 adalah kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN bagi mereka yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah atau berumur 17 tahun ke atas. Kandungan latihannya terdiri daripada modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karektor dan khidmat komuniti. Pada tahun pertama, seramai 85,000 pelatih PLKN terpilih dengan penempatan di 41 kem latihan dan 21 kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kini PLKN mempunyai 81 kem latihan dan telah merekrut hampir satu juta pelatih.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama