STESEN SENTRAL KUALA LUMPUR
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Sinopsis Video
Stesen Sentral Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada 16 April 2001. Stesen keretapi terbesar di Asia Tenggara pada ketika itu dibangunkan oleh konsortium Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bermula pada 27 Jun 1994 dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM1.1 bilion. Stesen Sentral adalah nukleus kepada pembangunan keseluruhan Kuala Lumpur Sentral seluas 28.8 hektar yang direka bentuk oleh arkitek terkenal Jepun, Dr Kisho Kurokawa. Ia telah memberikan akses dari dan ke pusat bandar Kuala Lumpur dan jajaran strategik yang lain melalui kebolehcapaian dan kesalinghubungan sistem pengangkutan awam berasaskan rel yang efektif dan efisyen. Ia membantu menguruskan trafik 160,000 penumpang sehari atau 58.5 juta penumpang setahun.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama