KD TUNKU ABDUL RAHMAN
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Sinopsis Video
Kapal Diraja (KD) Tunku Abdul Rahman adalah kapal selam pertama yang dimiliki oleh Malaysia. Kapal selam ini dinamakan sebagai KD Tunku Abdul Rahman sempena dengan nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Kapal selam model Scorpene ini dibeli oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia daripada syarikat Direction des Constructions Navales Services (DCNS) di Perancis. KD Tunku Abdul Rahman tiba di pelabuhan Kelang pada 3 September 2009. Pelayaran bermula pada 11 Julai 2009 dari Toulon, Perancis yang mengambil masa 55 hari perjalanan, dan diketuai oleh Komander Zulhelmi Ithnain. Ketibaan KD Tunku Abdul Rahman disambut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor DYYM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri-menteri lain. Dengan adanya KD Tunku Abdul Rahman, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah memperolehi sistem navigasi, peralatan komunikasi dan sistem peperangan yang berteknologi tinggi.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama