TUN ABDULLAH PM KE5
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Sinopsis Video
Tun Abdullah Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia ke- 5 dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009. Banyak sumbangan yang telah dibuat oleh Tun Abdullah semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Antaranya ialah Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi tujuan mencegah rasuah, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu bantuan untuk ibu bapa menabung untuk masa depan pelajaran anak-anak, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bertujuan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan di seluruh negara dan banyak lagi. Tun Abdullah juga telah memperkenalkan pembangunan modal insan yang diaplikasikan melalui Dasar Islam Hadhari. Keprihatinan Tun Abdullah amat ketara di dalam membentuk modal insan yang berjaya termasuklah dari sudut pertanian, teknologi, kemahiran dan banyak lagi. Oleh yang demikian, gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan amatlah bersesuaian dengan jasa dan sumbangan yang telah lakukan oleh beliau untuk Negara Malaysia.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama