MALAYSIA MENEROKA ANGKASA
Pakej : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Sinopsis Video
Cita-cita menghantar angkasawan pertama negara ke angkasa lepas diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika melawat model satelit mikro kedua negara RazakSAT di Taman Teknologi Malaysia (TPM) pada 7 Ogos 2003. Susulan daripada itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kemudian melancarkan Program Angkasawan Negara pada 13 Oktober 2003 yang telah berjaya menarik 11,267 penyertaan daripada seluruh negara. Dr Sheikh Muszaphar Shukor kemudian telah dipilih sebagai Angkasawan Pertama Negara pada 9 Oktober 2007. Kejayaan Program Angkasawan Negara ini telah merintis ruang kerjasama dengan agensi angkasa antarabangsa seperti Roscomas dari Rusia, JAXA dari Jepun, ESA dari Eropah dan NASA dari Amerika Syarikat. Ia menjadi pemangkin untuk Malaysia membangunkan keupayaan sains dan teknologi aeroangkasa seperti negara-negara maju.
Kongsi : fb
Purata (0 Undian)

VIDEO YANG JUGA DALAM PAKEJ : RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

KOMEN PELAWAT

Tiada komen lagi. Jadi Orang Pertama