Soalan Lazim Soalan Lazim

 

Apa itu Bahan Arkib?

Arkib adalah rekod yang tidak aktif yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan, dipelihara dan disimpan kekal di Arkib Negara. Bahan Arkib adalah amat penting sebagai bahan bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.

Apa itu Bilik Rekod?

Bilik Rekod adalah ruamg simpanan sementara bagi rekod-rekod separa aktif supaya penggunaan, penyelenggaraan, dan pengawalan.

Apakah faedah Pengurusan Rekod?

Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang mengamalkan Pengurusan Rekod yang baik akan mendapat faedah-faedah berikut: 1. dapat melaksanakan tugas dengan teratur, efisyen dan berkesan. 2. dapat menawarkan perkhidmatan secara konsisten dan cekap. 3. berupaya membuat dasar dan keputusan yang tepat dan berkualiti. 4. menjimatkan kos (ruang, peralatan dan masa).

Bilakah sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan perlu membuat Pelupusan Rekod?

Sesebuah Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan perlu melaksanakan pelupusan rekod apabila: 1. Tindakan ke atas rekod awam telah ditamatkan bagi tempoh lebih daripada 5 tahun. 2. Habis tempoh yang dipersetujui antara Ketua Pengarah Arkib Negara dengan Ketua Pentadbir pejabat awam. 3. Kedaaan fizikal rekod tersebut tidak mengizinkan pemeliharaan yang berterusan.

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Arkib Negara?

Arkib Negara Malaysia menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan rekod kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan seperti berikut: 1. Memberi khidmat nasihat kepakaran Pengurusan Rekod. 2. Menyediakan perkhidmatan penilaian rekod. 3. Memberi kelulusan pemusnahan rekod. 4. Memberi panduan penyediaan JPR. 5. Memberi panduan penubuhan Bilik rekod / Pusat Rekod Agensi. 6. Menyediakan ruang penyimpanan rekod bagi Kementerian/Jabatan/Agensi. 7. Menyediakan ruang penyimpanan rekod bagi Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. 8. Melatih Pegawai Rekod Jabatan/Pegawai Kerani Rekod dalam Pengurusan Rekod.
 

Soalan Lazim VOD 1

Jawapan VOD 1

Soalan Lazim VOD 2

Jawapan VOD 2
 

Soalan Lazim Katalog 1

Jawapan Soalan Lazim 1

Soalan Lazim Katalog 2

Jawapan Soalan Lazim 2
 

Soalan Lazim Peristiwa 1

Jawapan Soalan Lazim 1

Soalan Lazim Peristiwa 2

Jawapan Soalan Lazim 2