Terma & Syarat Terma & Syarat

AKSES DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN 
  

  1. Selamat datang ke Portal Hari Ini Dalam Sejarah (HIDS). Penggunaan kandungan Portal HIDS seperti video kreatif, dokumen, audio, imej dan skrip adalah tertakluk kepada pematuhan dan terma penggunaan. 
  2. Semua kandungan di dalam portal HIDS ini adalah hak milik Arkib Negara Malaysia (ANM) dan dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332). 
  3. Langganan kandungan yang disediakan di dalam Portal HIDS dikenakan bayaran kecuali skrip HIDS. 
  4. Portal HIDS adalah untuk penggunaan peribadi dan berkumpulan. Sebarang bentuk pengedaran, penerbitan, perlesenan atau penjualan maklumat yang diperolehi dari portal HIDS adalah tidak dibenarkan. 


LANGGANAN 

  1. Untuk melanggan kandungan portal HIDS, pelanggan hendaklah melengkapkan proses pendaftaran dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  2. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan nama log masuk (ID Pengguna) dan kata laluan peribadi sendiri. ANM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami akibat daripada penggunaan tanpa kebenaran nama log masuk dan kata laluan. 
  3. Semua kandungan portal HIDS yang dimuat turun bagi tujuan komersil (sama ada dibeli atau percuma) perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah ANM/ Pemilik / Pewujud.


LANGGANAN VIDEO HIDS (VIDEO ON DEMAND/ VOD)
  

  1. Pelanggan boleh mendapatkan video kreatif di dalam portal HIDS secara langganan melalui perkhidmatan VOD. Tempoh langganan boleh dipilih sama ada satu bulan atau tiga bulan.
  2. Langganan boleh dibuat secara individu dan juga berkumpulan. Bagi langganan secara berkumpulan, jumlah maksimum ahli kumpulan adalah 20 orang (termasuk ketua kumpulan). Ketua Kumpulan perlu mendaftarkan maklumat semua ahli kumpulan. 
  3. Langganan tidak akan diperbaharui secara automatik dan perlu dilakukan secara manual apabila tamat tempoh langganan.


PEMBELIAN

  1. Pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui perkhidmatan katalog (imej, dokumen dan audio) yang terdapat di dalam portal HIDS.
  2. Pelanggan perlu membuat pendaftaran sebelum proses pembelian boleh dilakukan.
  3. Pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terikat kepada tempoh langganan. 
  4. Proses muat turun bahan yang dibeli hanya boleh dilakukan selepas pembayaran berjaya. Proses muat turun hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika terdapat masalah teknikal semasa proses muat turun, pelanggan hendaklah menghubungi ANM. 


TERMA PEMBAYARAN 
 

  1. Semua transaksi pembayaran melalui Portal HIDS adalah dalam Ringgit Malaysia (RM).
  2. ANM tidak bertanggungjawab keatas sebarang risiko kerugian yang dialami oleh pelanggan disebabkan oleh faktor-faktor diluar kawalan ANM seperti kegagalan elektrik, kerosakan sambungan Internet, virus komputer dan kegagalan sistem ketika proses pembayaran dibuat keatas kandungan portal HIDS. 
  3. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit (VISA dan MASTERCARD) dan Akaun Debit (FPX).


POLISI PEMBATALAN 
  

  1. Pelanggan tidak dibenarkan membuat pembatalan ke atas pembelian dan/atau langganan kandungan portal HIDS yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan selepas bayaran dibuat. 
  2. Sebarang pindaan mengenai polisi pembatalan adalah di bawah kuasa mutlak ANM.


PERUBAHAN TERMA & SYARAT 
  

  1. Dengan melayari portal HIDS ini, pelanggan dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. 
  2. ANM berhak mengubah suai terma dan syarat penggunaan portal HIDS pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. 


PENAFIAN 

  1. Setiap maklumat yang terkandung di dalam Portal HIDS ini bertujuan menyediakan maklumat dan rujukan sahaja. 
  2. ANM pada bila-bila masa boleh mengubah, menyunting dan menarik semula maklumat yang dipaparkan.
  3. ANM tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan hasil paparan dan/atau pengunaan maklumat yang disediakan.